Generasi TCK Mencari Jati Diri Leluhur

  • Breaking News

    Saturday, January 13, 2018

    Melihat Beberapa Tulisan Jawi dalam Stempel Kerajaan Zaman Dahulu

    PAHOMPU NABURJU -- Beberapa kerajaan zaman dahulu menggunakan huruf jawi selain huruf lokal dalam stempel mereka.

    Sayangnya penggunaan huruf jawi sudah tidak banyak dilakukan saat ini sehingga sulit untuk dibaca.

    Bila ingin membaca blog dalam tulisan jawi silahkan klik di sini (baca). Blog ini berusaha memperkenalkan kembali bahasa Batak tulisan jawi seperti yang dipakai dalam stempel sisingamangaraja dan kerajaan-kerajaan di simalungun.

    Stempel kerajaan di Barus


    Stempel kerajaan SM Raja


    Menurut wikipedia:

    Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya terkait dengan kedatangan Islam, khususnya dari orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya.

    Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.

    Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Nama "Jawi" membayangkan akar umbinya di Jawa, bak hujah sesetengah ilmuwan. Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran umum bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa. Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan Majapahit dan Sriwijaya yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.

    Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1300–1399 M yang ditemui di Sumatera, sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.

    Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Sriwijaya selewat abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Sriwijaya.

    Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi

    Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.

     Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.

    Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719). Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.

    Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut Pendeta Za'ba, "kebiasaan penulis-penulis yang ramai ... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang", apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan Jawi yang baru pada tahun 1938. (*)

    Yuk gabung PanPage Facebook Belajar Quran dan Ilmu Tafsir atau di sini



    Home | UD Paju Marbun | Sultan Group | IMECH | BeritaDekhoCom | TobaPosCom

    No comments:

    Post a Comment

    Galeri

    Ekonomi

    Budaya